|
|
|
Tioman |
| Desaru | ||
| Melaka |
Dalam masa 4 hari cuti, aku berjalan/melancong ke selatan tanah Malaysia.
KL-Kluang-Mersing-Endau-Mersing-Kota Tinggi-Desaru-Kota Tinggi-Johor Bharu-Melaka-KL
Ikuti kisah perjalanan aku ngan member2 mengeksplorasi seluruh Johor.
Something about me and everything around me.
Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya.
Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka.
Rasullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid b Tsabit menulis serta menyebarkannya.
Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir. InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.
Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.
Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.
Untuk amalan kita semua.....
Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis
Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud:
"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya." Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar." Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.
Pada tahap ini penulis ingin memaparkan isi
kandungan satu teks yang tidak tercatit nama pengarangnya, yang dikarang
pada tahun 1188 Hijrah (sekitar tahun 1774), yang ada pada penulis ini ialah
terbitan Sulaiman Mar’I Singapura-Pinang, tanpa tarikh. Ianya setebal 28
halaman dan mengandungi huraian tentang:
Fasal Pertama berkenaan dengan hakikat iman;
Fasal kedua berkenaan dengan perkara-perkara
yan merosakkan iman;
Fasal ketiga berkenaan dengan syarat yang
menimbulkan murtad dan hukum-hukum yang berkaitan;
Berkenaan dengan hakikat keimanan barangkali
tidak sangat diperlukan untuk memaparkannya. Pada penulis ini yang perlu
dipaparkan ialah fasal kedua dan ketiga, yang boleh dianggap sebagai
aspek-aspek yang menyentuh pemurnian akidah dan oleh itu juga pegangan
tasawwuf dan amalannya. Secara ringkasnya isinya ialah yang membinasakan
iman, iaitu “riddah” atau kemurtadan iaitu:
dengan perbuatan kufur
perkataan kufur
I’tiqad kufur. Dengan sengaja,
bersenda-senda, atau bantahan.
Perbuatan kufur: sujud kepada makhkuk dengan
meletak dahi ke bumi
menghampirkan diri kepada makhluk dengan
menyembelih kambing umpamanya
membuang Qur’an atau kitab syara’ di tempat
najis
membuangnya ke tempat yang keji seperti
hingus
membuang fatwa ilmu syara’ ke bumi
membuangnya dan berkata: “fatwa ilmu apa ini?”
dengan perkataan serta I’tiqad alam ini
kadim atau roh kadim
atau Allah baharu
menafikan sifat Allah yang sabit dengan ijma’
menafikan ilmuNya tentang juziyyat
mengisbatkan sifat yang ditolak oleh ijma’
mendustakan nabi
mendustakan malaikat
meringankan keduanya atau menyembah keduanya
mendustakan satu ayat daripada ayat-ayat
Qur’an yang ijma’ ulama sabitnya.
menambahi satu kalimah dalam Qur’an
meringan-ringankan nabi
meringan-ringankan sunnah nabi (seperti
memperlinya-p)
menghalalkan yang haram dengan ijma’ seperti
zina, liwat dan minum arak
mengharamkan yang halal dengan ijma’ seperti
berjual beli
menafikan yang wajib pada syara’ seperti
sembahyang dan puasa Ramadan
mewajibkann yang tidak wajib dengan ijma’
seperti menambahkan sembahyang jadi enam
mendakwa menjadi nabi
membenarkan orang mengaku nabi
menuduh Siti ‘Aisyah berzina
mengatakan kafir kepada orang Islam tanpa
ta’wil
menghalalkan mengatakan kafir kepada orang
Islam
bercita-cita akan menjadi kafir, maka kafir
waktu itu juga
bercita-cita menjadi kafir dengan berlaku
sesuatu
syak adakah diri sendiri kafir atau tidak,
maka jadi kafir waktu itu juga
menyuruh orang islam masuk kafir
mengisyaratkan kepada orang Islam supaya
masuk kafir
mengisyaratkan orang kafir yang hendak masuk
Islam supaya ia kekal dalam kafir
enggan mengajar kepada orang kafir yang
hendak masuk islam
meminta tangguh mengajar syahadah kepada
orang yang hendak masuk Islam
senda-sendakan nama Allah
senda-sendakan suruhan atau tegahan Allah
senda-sendakan janji Allah memberi pahala
atau mengenakan seksa
senda-sendakan nama Rasul
berkata: “kalau Tuhan suruh atau Rasul suruh
aku taat aku tidak akan lakukan”
atau kata: “kalau nabi datang aku tidak akan
menerimanya”
berkata: “kalau Allah jadikan kiblat pihak
ini aku tidak akan berhadap sembahyang kepadanya”
kata: “kalau Tuhan jadikan si anuitu nabi
aku tidak akan terima.”
kata: “kalau aku sakit Tuhan suruh aku
sembahyang Tuhan zalim”
kalau orang teraniaya berkata: “aku
teraniaya ini takdir. Orang yang menganiaya berkata: aku yang buat bukan
dengan takdir”
kata: “kalau seorang nabi atau malaikat naik
saksi aku tidak terima”
kata: “aku tidak tahu nabi itu manusiakah
atau jin”
kata: aku tak tahu apa iman itu, secara
menghinakannya.
mengecil-ngecil satu anggota nabi dengan
menghinakannya
mengecil-ngecilkan nama Allah
berkata kepada orang yang berkata "la haula
wa la quwwata illa billah", itu tidak boleh menolong daripada lapar!
Orang yang berkata kepada orang yang bang,
dusta engkau!
mengucap bismillah waktu minum arak dan
berzina
berkata: aku tidak takutkan kiamat dengan
meringan-ringankannya.
Berkata: sepinggan makanan tertentu lebih
baik daripada ilmu.
Berkata kepada orang yang berkata: aku
pertaruh hartaku kepada Allah dengan kata-kata: engkau pertaruhkan hartamu
kepada pihak yang tidak boleh menyekat pencuri daripada mencuri hartamu.
Berkata: hai Tuhanku, matkkan olehmu akan
daku, kalau engkau mahu aku Islam atau kafir.
Berkata, bila binasa harta dan anaknya, hai
Tuhanku apa yang Engkau hendak buat denga harta dan anakku itu?
Orang yang mengajar kanak-kanak mengaji
Qur’an berkata: kaum Yahudi terlebih baik daripada islam pada membayar hak
guru.
kalau ada orang kafir masuk Islam yang
diberi zakat, orang lain berkata: kalau aku masuk kafir kemudian Islam aku
boleh dapat zakat.Orang itu jatuh kafir.
Menafikan Abu Bakar itu sahabat nabi
Kalau seseorang berkata kepadanya engkau
bukan orang islam, ia pun berkata aku bukan Islam
kalau orang menyerunya: Hai yahudi! Ia pun
menjawab, jadi kafir .
berkata: nabi kita hitam atau bukan Quraisy.
Berkata: pangkat nabi boleh hasil dengan
usaha.
berkata: aku mendapat wahyu daripada Allah.
Berkata: aku sudah masuk syurga, makan
buah-buahannya dan peluk bidadarinya.
tidak menganggap kafir orang yang selain
daripada beragama Islam.
syak pada mengkafirkan mereka seperti Yahudi
misalnya.
atau menganggap sah mazhab mereka seperti
yahudi.
mengatakan umat Muhammad sesat
mengatakan Sahabat rasulullah kafir
menafikan Qur’an ada mu’jizat yang
melemahkan kuffar.
mengatakan Mekah, Ka’bah, atau Masjidil
Haram.
Berkata: aku tidak tahu yang dikatakan Mekah
itu Mekahkah atau tidak.
Menafikan bahawa langi bumi menunjukkan
dalil ada Allah.
Berkata: adanya langit dan bumi tidak
menunjukkan adanya Allah.
menafikan bangkit manusia dari kubur.
Ingkarkan syurga dan neraka atau hisab dan
pahala juga azab.
atau dibenarkan semuanya itu tetapi katanya
itu bukan maksudnya yang sebenar.
berkata: imam-imam itu lebih afdhal daripada
nabi-nabi.
menyerupakan orang jahat dengan zabaniyah
atau Munkar Nakir secara menghinanya, jadi kafir.
melebihkan wali atas nabi
menyangka sifat rububiyah apabila zahir atas
hamba terangkat taklif.
mengaku melihat Allah dengan mata kepala
dalam dunia.
mengaku dirinya sama perkataan dengan Allah.
berkata: Allah masuk dalam semua rupa yang
baik-baik.
Berkata: roh itu cahaya Allah, apabila
berhubung yang cahaya berkata-kata keduanya.
Beriktikad sifat dirinya dekat dengan sifat
Allah.
Beriktikad Allah memberi makan minum
kepadanya tiada haram halal lagi.
Mengaku sampai kepada Allah dengan jalan
lain daripada ubudiyyah atau memperhambakan diri kepadaNya.
mengaku dirinya sampai kepada maqam gugur
hukum Syara’ baginya.
Jadi bida’ah orang yang berkata: Allah telah
mengilhamkan kepadanya pekerjaan agama Islam tidak berkehendak lagi ianya
kepada ilmu dan ulama;
kalau beri’tikad Allah ilhamkan kepedanya
pekerjaan agama lain daripada Islam jadi kafir;
atau ia sampai menjadi nabi jadi kafir;
kalau dikata kepada seseorang: engkau padaku
seperti yahudi pada penglihatan Allah
atau membaca Qur’an sambil memalu rebana;
atau dikata orang baginya: adakah engkau
ketahi yang ghaib, jawabnya:ya, bertanya aku tahu akan dia;
atau ia kembali daripada musafir bila
mendengar burung ‘aq’aq
atau dikatanya: aku ‘asyik akan Allah dan
Allah ‘asyik akan aku, maka jadi bid’ah fasik; tentang kafirnya ada khilaf.
kalau mencita-cita jangan diharamkan zina,
membunuh dan anyiaya, jadi kafir.
kalau mencita-cita tidak diharamkan minum
arak dan berkahwin dengan saudara, tidak kafir.
kalau dikatakan bagi isterinya: engkau
terlebih aku kasih dearipada Allah, atau
berkata: ia Nasrani terlebih baik daripada
majusi, bersalahan ulama tentang kufurnya.
Kemudian disebut tentang hadith berkenaan
dengan perpecahan umat kepada 73, satu sahaja yang selamat, dan mereka itu
Ahlis-Sunnah wal-jamaah. (halaman 8-9).
Kemudian digesa supaya berpegang kepada
Ahlis-Sunnah, jangan Qadariyyah, Jabariyyah, mazhab tasybih, dan ta’til,
Khariji dan Rafidhi.Ini diikuti dengan huraian-huraian berkenaan dengan
golongan-golongan Rafidhiyyah, Kharijiyyah, Jabariyyah, Qadariyyah,
Jahmiyyah, dan Murji’ah. Kemudian ini disusuli dengan ciri-ciri golongan
itu semuanya dan pegangan-pegangan mereka. Yang akan disebutkan ialah yang
berkemungkinan menyentuh tasawwuf pada pegangann atau amalannya sahaja.
Antaranya ialah:
Dalam golongan Rafidhah - yang dinyatakan
ianya terdiri daripadda dua belas golongan - antara akidah-akidah mereka
yang banyak itu ialah:
Saidina ‘Ali turun dari langit, keluar
daripadanya awan Uluhiyah, lalu masuk kepada rupa manusia; lalu
dikerjakannya beberapa kerja yang menunjukkan keTuhanan, lepas itu naik
semula ke langit. Ini kufur.
Setengahnya beriktikad: Saidina ‘Ali rd
adalah nabi Allah, Jibril tersilap membawa wahyu kepada Nabi Muhammad
saw. Ini kufur berdasarkan ayat Qur’an yang bermaksud Muhammad tidak lain
melainkan Rasul.
Setengahnya beriktikad: Saidina ‘Ali krw
berkongsi dengan Nabi Muhammad s.a.w. dalam pangkat kenabian. Ini kufur.
Setengahnya beriktikad: Khalifah itu ‘Ali,
bukan yang lain-lain itu, dan bahawa Abu Bakar, ‘Umar dan ‘Uthman menjadi
kafir bila menerima khilafah lain daripada ‘Ali.
Mereka itu menyumpah Abu Bakar, ‘Umar dan
‘Uthman, serta para Sahabat lainnya. Mereka lebihkan sahabat Ali mengatasi
sahabata-sahabat lain.
Setengahnya beriktikad: roh bila keluar
daripada sesuatu badan masuk ia kepada lembaga lain. Ini kufur.
Setengahnya beriktikad: Ali krw lagi akan
kembali ke dunia dengan hidupnya dahulu daripada Kiamat serta menuntut
balas atas sekelian seterunya , dan sekarang ini tempatnya di awan.Guruh
dan kilat suara cemetinya.Ini iktikad kufur kerana menyalahi Qur’an,
hadith dan ijma’ Ahlis-Sunnah wal-Jama’ah.
Setengahnya beriktikad: Allah terkadang
zahir dengan rupa manusia, makan dinamai ia itu nabi dan imam, ialahn yang
memanggil manusia kepada agama Islam yang betul. Kalau tidak demikian
sesatlah makhluk.
Setengahnya beriktikad: Allah Taala masuk
kepada sesuatu dan ia bersatu (asl.”bersuatu”) dengan benda itu.Ini
iktikad kufur.(Ini menyentuh golongan yang mengaku bersatu dengan Allah
atau ittihad).
Berkenaan dengan golongan ini pengarang kitab
ini menukilkan hadith yang bermaksud: "Akan ada pada akhir zaman kaum yang
dinamakan Rafidhah yang membuang Islam, hendaklah kamu membunuh mereka,
sesungguhnya mereka itu golongan syirik." (hlm. 9-10).
Berkenaan dengan
kaum Kharijiah atau Khawarij:
Disebutkan mereka itu dua belas
golongan.Antara akidah mereka:
menjadi kafir orang yang melakukan dosa
besar. Itu I’tikad kufur.
pada mereka zakat tidak wajib;
mereka menghimpunkan harta;
kata mereka tidak harus memberi zakat kepada
sesiapa kerana tidak diketahui kafir atau mukmin; itu semua I’tikad kafir.
Setengahnya percaya Allah mengampunkan dosa
syirik.Itu I’tikad kufur.
Setengahnya percaya iman dengan yang ghaib
itu batil; ini kufur.
Setengahnya beri’tikad Allah tidak
menghukumkan makhluk dengan suatu hukum. Ini kufur.
Setengahnya percaya matahari, bulan dan
bintang bukan makhluk Allah. Ini kufur.
Setengah percaya semua wanita umpama
perhumaan atau bunga-bungaan maka harus bersetubuh sebelum nikah. Ini
kufur.
kaum Kharijiah naik saksi bahawa Ali rd
kafir.
Mereka berkata: mereka tidak tahu mukmin
atau kafir selain Abu Bakar dan ‘Umar. Ini kufur.
Kemudian dibicarakan golongan
Jabariyyah. Dinyatakan mereka itu ada dua belas golongan.
Mereka beriktikad: semua perbuatan hamba
amalan kebajikan, iman dan taat, dan amal kejahatan seperti kufur dan
maksiat dari Allah.
Sekali-kali tiada usaha dan iktiar hamba;
hamba tergagah pada semua perbuatannya. Seperti benang tergantung ditiup
angin; maka semua perbuatan hamba adalah perbuatan Allah. Ini kufur.
Mereka sifatkan Allah dengan melakukan
kejahatan seperti zina dan lainnya.
Iktikad mereka menggugurkan taklif dari
hamba dan ini “(meng)ingkar(kan) akan beberapa ayat Qur’an dan ijma’
sekelian ulama betapa kiranya sah menafikan amal dan usaha daripada hamba”
(hlm. 11).
Setengahnya beriktikad: sekali-kali hamba
tidak beroleh kebajikan daripada berbuat taat dan tidak beroleh kejahatan
daripada maksiat. Kebajikan, kejahatan, taat dan maksiat adalah bagi
Allah sahaja, dan ia putus asa daripada rahmat Allah. Ini kufur.
Setengahnya beriktikad: tidak beroleh pahala
dan seksa daripada berbuat kebajikan dan kejahatan. Ini kufur.
Setengahnya beriktikad tafakur itu terutama
daripada berbuat ibadat dengan mengambil dalil daripada hadith (yang
bermaksud): Tafakur sesaat lebih baik daripada ibadat tujuh puluh tahun.
Disangkanya ibadat itu ibadat fardhu. Itu kufur.
Setengahnya beriktikad: sesiapa menyucikan
dirinya dan hening daripada cemar hawa nafsu, dan ia ada ilmu, gugur
daripadanya ibadat dan amal. Ini kufur.
Setengahnya beriktikad: segala makhluk
beroleh pahala sebab berbuat kebajikan tiada beroleh seksa dengan berbuat
kejahatan; semua yang kafir dan yang melakukan maksiat diuzurkan, tiada
disoal, kerana semua perbuatan hamba digagahi- ini iktikad kufur.
Setengahnya beriktikad: Allah tiada menyeksa
hambaNya, sebab kalau Ia menyeksa, maka ia zalim. Ini kufur.
Setengahnya beriktikad: Allah menghidupkan
mereka yang kafir dalam Neraka; kemudian dimatikan mereka, tiada hidup
lagi. Itu kufur.
Setengahnya beriktikad: Allah telah
menjadikan segala sesuatu: selepas selesai, Ia istirehat. Tiap-tiap suatu
zahir pada waktunya bukan dari Allah. Ini kufur.
Setengahnya beriktikad: Tiap-tiap seorang
yang ada terlintas khatir kebajikan atau kejahatan dalam hatinya,
hendaklah ia lakukannya; itu daripada suruhan Allah.Ini kufur.
Setengahnya beriktikad: bila seseorang hamba
sampai kepada martabat kesudahan kasihnya kepada Tuhan, dan heninglah
hatinya, dimunumnya minum kasih kepada Allah, gugur segala taklif Syara’
daripadanya, terangkat segala ibadat, ibadatnya hanya tafakur sahaja. Ini
kufur.
Setengahnya beriktikad: segala harta dunia
ini dikongsi antara manusia sebab semuanya pesaka daripada Adam dan Hawwa.
Sesiapa yang mengambil daripadanya itu haknya. Itu iktikad kufur.
Setengahnya beriktikad: belajar ilmu jadilah
seseorang itu syarik, bersekutu pada segala harta manusia; sesiapa yang
menegahnya maka kafir. Ini iktikad kufur.
Setengahnya beriktikad: tiada sesuatuyang
difardhukan Allah atas hambaNya, jika dikehendaki diperbuatnya kalau tidak,
tidak. Ini kufur.
Setengahnya beriktikad: hamba tiada mukallaf
lain daripada iman dan kufur. Ini kufur.
Setengahnya beriktikad: Allah menyuruh
berbuat ibadat, tidak diwajibkan mengulang-ulangkannya. Ini kufur.
Setengahnya beriktikad: bahawa syak ia pada
imannya; katanya membawaiman dan mengucap syahadat itu menjadi mukmin dan
menghilangkan kufur. Ini kekufuran.
Kemudian diikuti
dengan huraian tentang kaum Qadariyyah.
Setengahnya beriktikad: Kudrat hamba yang
baharu memberi kesan pada segala perbuatan hamba yang diikhtiarkan dengan
sengaja; maka segala yang berlaku adalah hasil bekas kudrat yang diberikan
Tuhan samaada ada perbuatan langsung atau yang timbul daripadanya (tawallud).
Pada ulama Transoxiana ini kufur mutlak; pada jumhur ini kufur kalau
diharuskan Allah lemah daripada menjadikan perbuatan.
Setengahnya beriktikad: Syaitan tidak
berdapat dengan Tuhan sebab tiada baginya wujud yang nyata. Ini kufur.
Setengahnya beriktikad: untung baik dan
jahat bukan daripada Allah, itu kufur.
Setengahnya beriktikad: berbuat ibadat itu
sia-sia kerana yang bahagia itu bahagia semenjak dari azali, dalam perut
ibu, itu kufur.
Setengahnya beriktikad: menafikan Sirat,
Hisab, Mizan, dan Syurga dan Neraka belum dijadikan. Ini kufur.
Setengahnya beriktikad: segala amalan itu
daripada hamba jua tiada kita ketahui hamba akan mendapat pahala atau
seksa. Itu kufur.
Setengahnya beriktikad: Tuhan tidak
menjadikan Syaitan kerana menjadikannya itu nyata menjadi kufur
danmenghendakinya, itu kufur.
Setengahnya beriktikad: Segala amalan itu
makhluk Allah melainkan iman. Itu kufur.
Setengah daripada mereka: menerima ibadat
yang fardhu dan bencikan ibadat yang sunat.
Setengahnya: menerima ibadat sunat dan
bencikan yang fardhu.
Mereka sembahyang zohor dan asar dua-dua
rakaat. Itu semua kufur.
Setengahnya beriktikad: segala kitab Allah
yang diturunkan dari langit tiada mansukh maka wajib diamalkan apa yang
ada di dalamnya. Ini kufur.
Kaum Qadariyyah itu seperti Majusi, seperti
hadith Nabi s.a.w. (yang bermaksud): “Apabila kamu lihat kaum Qadariyyah,
maka kamu bunuh mereka, mereka itu majusi umat ini.”
Kemudian ini disusuli dengan
golongan Jahmiyyah. Mereka itu dua belas golongan.
Setengahnya beriktikad: Nama-Nama Allah Dan
Sifat-SifatNya adalah makhluk. Ini kufur.
Setengahnya beriktikad: Allah maujud pada
tiap-tiap tempat dengan secara hulul dan ittihad. Ini kufur kerana
mengisbatkan tempat bagi Allah dan berbilang-bilangNya.
Setengahnya beriktikad: mukmin yang derhaka
bila masuk Neraka tidak akan keluar daripadanya. Ini kufur.
Setengahnya beriktikad: isi Neraka bila
dibakar hingga menjadi abu, maka ia tidak hidup lagi. Ini kufur. (Disusuli
dengann nas Qur’an).
Setengahnya beriktikad: Mayat tidak merasai
azab, hanya pada ketika sakratul maut sahaja, dan (tiada?) merasai azab
kubur. Ini kufur.(Disebutkan menyalahi Qur’an dan hadith).
Setengahnya beriktikad: Allah taala berdiri
antara langit dan bumi.
dan lagi katanya Nabi kita melihat Tuhan
dalam dunia, kitapun melihat Tuhan dalam dunia.Sekelian itu
kufur.(menyalahi nasQur’an, hadith dan ijma’).
Ini
disusuli dengan menyebut kaum Murji’ah. Mereka itu ada dua belas golongan.
Antaranya beriktikad: selepas daripada
membawa iman tidak ada sesuatu yang diwajibkan Allah. Ini iktikad kufur.
Setengahnya beriktikad: Allah jua yang
menjadikan sekelian makhluk; tetapi Ia tidakmenyuruk melakukan kebajikan
dan melarang kejahatan. Ini iktikad kufur. (Dinyatakan dalil ayat Qur’an
yang menyuruh melakukan kebaikan dan keadilan).
Setengahnya beriktikad: barangsiapa mengucap
“la ilaha illah’ Llah” maka berbuat taat atau maksiat sama sahaja.
Setengahnya beriktikad: Sesiapa yang
mentauhidkan Allah dan beriman kepadaNya sekali-kali tidak tersurat
atasnya dosa besar. Ini kekufuran. (menyalahi nas Qur’an, hadith dan ijma’).
Setengahnya beriktikad: dan beramal dengan
menyembah matahari dan bulan serta bintang. Ini kekufuran.
Setengahnya beriktikad: Allah taala jauhar
atau ‘arad (iaitu zat benda atau sifat yang ada pada benda). Ini
kekufuran.(disebut ayat Qur’an yang bermaksud Allah tidak ada menyamai
sesuatu).
Setengahnya beriktikad: Iman itu ilmu,
sesiapa yang tiada ilmu ia kafir.
Juga katanya: sesiapa yang tiada mengetahui
suruh dan tegah, ia kafir. Iktikad demikian kufur. (disebutkan kerana
menyangkali tasdiq dan dipadakan dengan ilmu sahaja).
Setengahnya beriktikad: Iman itu tiap-tiap
tahun berkurang, tiadak bertambah. Ini kekufuran. (disebut ayat Qur’an
yang bermaksud: orang-orang yang beriman itu bertambah imannya).
Setengahnya beriktikad: dan katanya (bermaksud)
“Aku mukmin insha’ Allah”. Itu kufur kalau ia syak tentang imannya.
Kalau tidak syak disebut untuk mengambil berkat dengan nama Allah, tidak
jadi kafir.
Setengahnya beriktikad: Allah serupa dengan
Nabi Adam berdasarkan hadith mutasyabihat bermaksud: “Sesungguhnya Allah
menjadikan Adam atas rupa Tuhan Yang Rahman“. Iktikad itu kufur. (Disebut
ayat Qur’an bermaksud tiada sesuatu yang menyerupai Tuhan).
Setengahnya beriktikad: segala yang wajib
dan sunat sama sahajakerana titah Allah;
dan lagi setengahnya beriktikad: Allah tidak
melihat dan mendengar, ini kufur. (Disebut ayat Qur’an yang menyebut Allah
mendengar dan melihat).
Setengahnya beriktikad: Kita mengikut
Syaitan sama ada mukmin atau kafir, kalau ia menyuruh makan yang haram
sekalipun. Ini kufur.
Dikatakan bahawa
kaum Murji’ah itu dimurkai Allah, dan
disebut dalam hadith nabi saw bahawa mereka itu dilaknati oleh tujuh puluh
anbiya.
Selepas menyebut kaum yang tujuh puluh dua itu,
penulis ini memberi pesanan: ”(Sayugianya) kau ketahui akan dia (yaitu 72
golongan sesat itu) supaya kau jauhi akan dia (dan)jangan sekali-kali kau
iktikad akan dia …” (hlm14).
Lepas itu penulis menyatakan:
“(Apabila kau ketahuilah) segala iktikad dan
mazhab yang sesat yang telah tersebut itu, sekarang (maka ku nyatakan) pula
iktikad kaum mulhid yang bersaufi dirinya seperti yang telah dinyatakan
Imam Ghazali (dan Syaikh Abun-Najib Suhrawardi) (dan) Imam Najmu’d-Din ‘Umar
al-Nasafi dan lainnya …” (hlm. 14). Kemudian diteruskan kenyataan:
Adapun kaum yang bersaufi-saufi diinya itu
amat sesat mereka itu tiada patut dinamaiakan dia dengan nama saufi, hanya
terutama dinamai akan dia dengan kafir atau fasiq. (Kata ulama) adalah
banyak mereka itu tiga belas kaum.
"(Pertama) kaum Murji’ah namanya (kedua)
kaum auliya’iyyah namanya (ketiga) kaum sikhr akhih namanya, (keempat)
kaum ibahiyyah namanya, (kelima) kaum haliyah namanya, (keenam) kaum
hauriyah namanya, (ketujuh) kaum waqi’iyyah namanya,(kedelapan) kaum
mutajahiliyah namanya, (kesembilan) kaum mutakasiliyah namanya (kesepuluh)
kaum ilhamiyah namanya, (kesebelas) kaum hululiyah namanya, (kedua belas)
kaum wujudiyah namanya (ketiga bela) kaum mujassimah namanya." (hlm. 15).
Ini disusuli dengan kenyataan tentang
akidah golongan yang tiga belas itu, yang dikatakan mereka yang bersufi-sufi
dirinya.
kaum Murji’ah,
iktikadnya: seorang hamba bila sampai kepada martabat kasih kepada Allah,
tiada dikasihinya selain daripada Allah, terangkat daripadanya taklif
Syara’ dan segala ibadat, yang haram itu halal baginya.
Mereka menyatakan: segala fardhu seperti
sembahyang dan puasa dan sebagainya harus dikerjakan dan harus
ditinggalkan.
Setengahnya tidak menutup auratnya. Iktikad
dan pekerjaan demikian semata-mata kufur dan dhalalah. (hlm. 15).
Setengahnya beriktikad: seseorang hamba bila
sampai kepada kesudahan martabatnya, kasihkan Allah, gugur daripadanya
segala ibadat yang zahir, ibadatnya tafakur sahaja. Itu kufur.
Setengahnya beriktikad: seseorang hamba bila
sampai kepada kesudahan martabat kasih kepada Allah harus baginya segala
perempuan dan sahaya orang. Itu kufur.
Setengahnya beriktikad: harta dunia ini
harus bagi anak Adam, kerana Adam bapa sekelian maniusia, dan Siti Hawwa
ibu mereka semua. Maka segala harta milik mereka berdua, maka bersyarikat
dalam harta itu semua anak cucunya. Semua itu kufur dan kesesatan.
Kaum Auliya’iyah:
Mereka beriktikad: seorang hamba bila sampai
kepada darjah kewalian terangkat daripadanya suruh dan tegah Syara’.
Mereka beiktikad: wali itu lebih afdhal
daripada nabi. Itu semua kufur dan dhalalah.
Kaum Sihir akhih:
Mereka beriktikad: bila seorang hamba itu
lamalah kasih kepada Allah terangkat daripadanya suruh dan tegah Syara’.
Mereka mengharuskan bernyanyi dan memalu
rebana dan bangsi dan muri rebab dan kecapi dan lainnya;
dan mereka haruskan zina dan menyabung ,
maka mereka disebut sebagai golongan Sihr akhih kerana mengikut Abdullah
sihir akhih.Pada zahir mereka bersoleh-soleh diri pada hal mereka itu
semata-mata fasik. Iktikad demikian kufur dan dhalalah.
Kaum Ibahiyah:
1.
Mereka beriktikad antaranya:
pekerjaannya meninggalkan amar makuf dan nahi munkar;
2.
kata mereka: kami tiada kuasa
menahani diri untuk menjalankan amar dan nahi.Maka bagaimanakah kami
menyuruh orang meakukan kebaikan dan mencegah kemungkaran?
3.
Mereka mengharuskan zina.
Mereka sejahat-jahat makhluk, dan iktikadnya kufur dan dhalalah.
Kaum Haliyah:
Antara iktikad mereka: dikatakan mereka harus
menari dan bertepuk tangan tatkala menyanyi, lagi pengsan; kata segala
muridnya bahawa syaikh mereka itu dalam hal itu bersalahan dengan perjalanan
Rasul; itu bid’ah lagi dhalalah.
Kaum Hurriyah:
1.
Iktikad mereka seperti setengah
kaum haliah.
2.
Kata mereka: datang kepada kami
bila kami pengsan anak bidadari maka kami bersetubuh dengan mereka. Apabila
sedar daripada pengsan mereka mandi junub. Iktikad ini kufur lagi dhalalah.
Kaum Waqi’iyah:
Mereka meninggalkan ma’rifat
terhadap Allah kata mereka hak Allah tiada dikenal akan dia, hamba itu lemah
daripada mengenalNya. Iktikad itu kufur. Disebutkan ini berlawanan dengan
beberapa nas Qur’an dan Sunnah
Kaum Mutajahiliyah:
1.
Mereka memakai pakaian dan
mengerjakan amalan fasik.
2.
Kata mereka: tiada dapat kami
menjauhi diri daripada zina. Ini dhalalah.
Kaum Mutakasiliyah:
1.
Mereka meninggalkan berbuat
usaha dan ikhtiar.
2.
Mereka pergi memintan sedekah
pada tiap-tiap rumah dan kedai orang untuk mendapat makanan.
3.
Mereka mengambil zakat dan
sedekah daripada orang ramai.
Ini cara hidup bid’ah
bersalahan dengan amalan nabi s.a.w.
Kaum Ilhamiyah:
1.
Iktikad mereka seperti iktikad
Dahriyah (iaitu tidak percaya kepada adanya Tuhan)
2.
Mereka engganmembaca Qur’an dan
belajar ilmu; kata mereka; Qur’an itu
suatu hijab kepada Allah.
3.
Mereka ikut kata-kata hukama
4.
Syair hukama dijadikan tariqat
mereka
5.
Umur mereka habis dengan
bersyair.
Itu semua bid’ah
dhalalah.
Kaum Hululiyah:
1.
Setengahnya beriktikad: wujud
Allah masuk kepada diri mereka dan segala jisim. Ini kufur seperti iktikad
Nasrani.
2.
Setengahnya beriktikad: harus
memandang kepada wanita cantik dan kepada muda belia.
3.
Mereka menari dan berseloka
katanya elok paras sesuatu itu daripada suatu Sifat Allah yang turun kepada
makhlukNya, maka seharusnya kamu cium dan berdakap (dengan wanita misalnya).
Ini semua kufur dan dhalalah.
Kata Syaikh Abun-Najib dalam
‘Awariful-Ma’arif:
Adalah setengah daripada kaum Hululiyah itu bernama Qalandariyah, mereka
itu mengharuskan semua pekerjaan.katanya: Apabila kamu suci daripada hawa
nafsu lagi ikhlas kepada Allah, itulah kesudahan segala yang dimaksudkan.
Adapun amalan Syariat, itu martabat sekelian orang awam sahaja yang kurang
darjahnya, dan itu turut-turutan sahaj.
Itu sekeliannya kufur, mulhid, lagi zindik.
Sepatutnya dibunuh kalau ia tidak bertaubat. (hlm. 16).
Golongan batini:
1.
Kata Imam Qurtubi: setengah
daripada kafir zindik Batiniah (asl.”batini”)
menyangka amal Syariat yang zahir seperti sembahyang, puasa, dan zakat serta
haji hanya diwajibkan atas orang awam sahaja tidak atas orang khawwas. Orang
yang khawas (ahli ma’rifat) tidak wajib
atas mereka, meeka hanya dikehendaki hadhir dalam hati mereka ibadat itu.
Ulama menyatakan bahawa ini iktikad zindik dan kufur.
2.
Orang yang demikian hendaklah
dibunuh kerana ingkar barang yang diketahui daripada Syariat sebagai hukum
Allah terdir daripada suruh dan tegahnya, kerana hasil pengetahuan demikian
secara putus, yakin dan tetap, disepakati oleh semua ulama yang awal dan
yang kemudian. Sesiapa yang sangka hukum itu boleh diketahui secara lain
daripada suruh dan tegah Allah, maka ia kafir kerana sangkaannya dicapai
martabat nubuwwah.
3.
Imam Ghazali rd menyatakan kalau
ada wali yang menyangka ia ada mempunyai kedudukan di sisi Allah yang
menyebabkan gugur wajib sembahyang dan halal minum arak, seperti kaum yang
bersufi-sufi dirinya, tidak syak bahawa wajib ia dibunuh kerana murtad. (hlm.
16). Membunuh seorang daripada yang demikian lebih afdhal daripada membunuh
seratus kafir asli (yang bermusuh dengan Islam).
Kaum Wujudiyah:
1.
Iktikad dan katanya:
“La ilaha illa’Llah”
yaitu tiada wujudku hanya wujud Allah, yakni bahawa aku wujud Allah.
2.
Kata mereka: maksudnya: Hak
Allah Taala tiada maujud melainkan dalam kandungan segala makhluk; pada
iktikad mereka sekelian makhluk wujud Allah taala dan wujud Allah taala
wujud sekelian makhluk; mereka mengisbatkan keesaan Allah taala dalam wujud
sekelian makhluk yang banyak;
3.
lagi kata mereka: kami dengan
Allah sebangsa dan wujud yang satu.
4.
Lagi kata mereka: Allah
diketahui zatnya dan nyata kaifiatNya daripada ada Ia maujud pada kharij dan
pada zaman dan makan atau tempat. Sekelian itu kufur. Inilah wujudiyah
yang mulhid. Dinamakan dia zindik. (hlm. 17).
5.
Wujudiah ada
dua kaum: wujudiyah yang muwahhid dan kedua wujudiyah yang mulhid.
Wujudiyah yang muwahhid iaitu segala ahli sufi yang sebenarnya.
Kaum Mujassimah:
Setengahnya beriktikad: Allah itu jauhar
yang maujud.
Kata setengahnya: Allah itu jisim tetapi
tidak seperti jisim yang lainnya.
Setengahnya berikikad: Allah berupa seperti
rupa manusia.
Setengahnya beriktikad: Allah taala ada
daging darah, ada muka, tangan, jari dan kaki.
Setengahnya beriktikad: Allah ada rupa
tetapi tidak diketahui bagaimana rupaNya.
Setengahnya beriktikad: Allah datang, turun,
naik, bergerak dan berpindah.
Setengahnya beriktikad: Allah duduk
atas ‘Arasy.
Setengahnya beriktikad: Allah masuk pada
Arasy, dan Arasy tempat kediamanNya. Kata Imam fakhrud-Din al-Razi kaum
yan memahami ayat mutrasyabihat secara zahir lafaz demikian menjadi kafir
kerana disabitkan bagi Allah jisim dan jisim itu disembahnya.
Kata Imam Ahmad: sesiapa yang mentasybihkan
Allah dengan makhluk menjadi kafir.
Ini diikuti dengan larangan mengikut kaum yang
bid’ah dengan dibawa beberapa maksud
hadith. Kemudian dibahagikan bid’ah itu
kepada pembahagian mengikut hukum yang lima mengikut huraian Syaikh
‘Izzuddin Ibn
‘Abdus-Salam. Juga diikuti dengan
contoh-contoh bid’ah. Kemudian
dibicarakan juga masalah-masalah berhubungan dengan jin dan hukum tentang
murtad dan taubat serta jenis-jenis dposa anak Adam.(hlm 19-28).