05 May 2004

























 



Cuti-cuti Malaysia

Welcome to Tioman Island

Welcome to Desaru


Welcome to Malacca

Tioman
Desaru
Melaka


Dalam masa 4 hari cuti, aku berjalan/melancong ke selatan tanah Malaysia.

KL-Kluang-Mersing-Endau-Mersing-Kota Tinggi-Desaru-Kota Tinggi-Johor Bharu-Melaka-KL

Ikuti kisah perjalanan aku ngan member2 mengeksplorasi seluruh Johor.

  





01 May 2004

Hadith Rasulullah SAW



(Imam Malik)

Dari Abu Hurairah ra, dari Nabi saw, bahawa Baginda bersabda: "Aku tinggalkan dalam kalangan kamu dua perkara yang kamu tidak akan sesat selagi kamu berpegang teguh kepada keduanya, iaitu kitab Allah dan sunnah Rasulullah saw."






SUMBER : Salim Bari

PERKARA : Kehebatan Ayatul Kursi




Ayat ini diturunkan setelah hijrah. Semasa penurunannya ia telah diiringi oleh beribu-ribu malaikat kerana kehebatan dan kemuliaannya.



Syaitan dan iblis juga menjadi gempar kerana adanya satu perintang dalam perjuangan mereka.


Rasullah s.a.w. dengan segera memerintahkan Zaid b Tsabit menulis serta menyebarkannya.



Sesiapa yang membaca ayat Kursi dengan khusyuk setiap kali selepas sembahyang fardhu, setiap pagi dan petang, setiap kali keluar masuk rumah atau hendak musafir. InsyaAllah akan terpeliharalah dirinya dari godaan syaitan, kejahatan manusia, binatang buas yang akan memudaratkan dirinya bahkan keluarga, anak-anak, harta bendanya juga akan terpelihara dengan izin Allah s.w.t.



Mengikut keterangan dari kitab"Asraarul Mufidah" sesiapa mengamalkan membacanya setiap hari sebanyak 18 kali maka akan dibukakan dadanya dengan berbagai hikmah, dimurahkan rezekinya, dinaikkan darjatnya dan diberikannya pengaruh sehingga semua orang akan menghormatinya serta terpelihara ia dari segala bencana dengan izin Allah.



Syeikh Abu Abbas ada menerangkan, siapa yang membacanya sebanyak 50 kali lalu ditiupkannya pada air hujan kemudian diminumnya, InsyaAllah Allah akan mencerdaskan akal fikirannya serta memudahkannya menerima ilmu pengetahuan.



Untuk amalan kita semua.....


Fadhilat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-Hadis



Rasullullah s.a.w. bersabda bermaksud:

"Sesiapa pulang ke rumahnya serta membaca ayat Kursi, Allah hilangkan segala kefakiran di depan matanya." Sabda baginda lagi; "Umatku yang membaca ayat Kursi 12 kali pada pagi Jumaat, kemudian berwuduk dan sembahyang sunat dua rakaat, Allah memeliharanya daripada kejahatan syaitan dan kejahatan pembesar." Orang yang selalu membaca ayat Kursi dicintai dan dipelihara Allah sebagaimana DIA memelihara Nabi Muhammad.



  • Mereka yang beramal dengan bacaan ayat Kursi
    akan mendapat pertolongan serta perlindungan Allah
    daripada gangguan serta hasutan syaitan.


  • Pengamal ayat Kursi juga, dengan izin Allah,
    akan terhindar daripada pencerobohan pencuri.
    Ayat Kursi menjadi benteng yang kuat menyekat
    pencuri daripada memasuki rumah.


  • Mengamalkan bacaan ayat Kursi juga akan memberikan
    keselamatan ketika dalam perjalanannya.
    Ayat Kursi yang dibaca dengan penuh khusyuk,
    Insya-Allah, boleh menyebabkan syaitan dan jin terbakar.


  • Jika anda berpindah ke rumah baru maka pada malam pertama
    anda menduduki rumah itu eloklah anda membaca ayat
    Kursi 100 kali, insya-Allah mudah-mudahan anda sekeluarga
    terhindar daripada gangguan lahir dan batin.


  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi apabila berbaring
    di tempat tidurnya, Allah mewakilkan 2 orang Malaikat
    memeliharanya hingga subuh.


  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir setiap
    sembahyang Fardhu, ia akan berada dalam lindungan Allah
    hingga sembahyang yang lain.


  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap
    sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk
    syurga kecuali maut, dan barang siapa membacanya
    ketika hendak tidur, Allah memelihara akan dia
    ke atas rumahnya, rumah jirannya & ahli rumah2 di sekitarnya.


  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi diakhir tiap-tiap
    sembahyang Fardhu, Allah menganugerahkan dia hati-hati
    orang yang bersyukur perbuatan2 orang yang benar,
    pahala nabi2 juga Allah melimpahkan padanya rahmat.



  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi sebelum keluar rumahnya,
    maka Allah mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya,
    mereka semua memohon keampunan dan mendoakan baginya.


  • Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di akhir sembahyang
    Allah azza wajalla akan mengendalikan pengambilan rohnya
    dan ia adalah seperti orang yang berperang bersama
    nabi Allah sehingga mati syahid.


  • Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika
    dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan
    kepadanya Dari Abdullah bin 'Amr r.a. ,
    Rasullullah s.a.w. bersabda, " SAMPAIKANLAH PESANKU BIARPUN SATU AYAT...."